Monday, 10 June 2013

Itik Bertelur, Ayam Pun Sama lah.

Dah tak sekerap dulu bila pergi kenduri kahwin, kita jinjit telur ayam rebus bawak balik. Rebus biasa, dengan air semata.  Ada juga yang letak cuka.  Tak nak telur pecah katanya.
 
Tak kira tetamu yang merenjis ke, yang tengok dari jauh ke, yang di meja pengantin ke, yang duduk bawah pokok ke, semua dapat.  
 
Mana yang hantu telur, tak sempat bawak balik pun.  Tahu-tahu meja dah penuh dengan kulit telur.  Ada yang kulit nya aje, ada yang kuningnya tinggal, ada yang putihnya.  Mana yang sabar, bawak balik rumah, kumpul 2, 3 biji...makan dengan kicap Tamin.
 
Sekarang, telur dah naik taraf.  Telur ayam rebus air semata dah mahal.  Susah nak dapat.  Kalau ada pun, kat atas meja makan kat kedai Mamak.  
 
Kalau pergi kenduri kahwin, kadang-kadang tu kita masih juga dapat telur.  Cumanya, mungkin sebab ayam pun dah jual mahal, kita dapat telur itik yang dah jadi telur masin.  Or telur ayam yang dah bertukar jadi telur pindang.  Pernah sekali tuan rumah kasi telur puyuh. Jenuh nak mintak adik abang baru penuh semangkuk.
 
Apa-apa pun,  mahu tak mahu, kenduri pun ada evolusinya.  Telur ayam ke, itik ke, puyuh ke...tawar ke, masin ke, bila dapat tu, seronok je.  

Cuma kita ni je yang ada masa-masanya, ada benda-benda nya, tak nak lepas yang dulu-dulu, walaupun tak perlu.
 
Tak gitu?